Wednesday, November 17, 2010

Pusara Arwah Abah

Its been 2 Bulan 2 Minggu 3Hari, Arwah abah bersemadi barulah kami sekeluarga meletakkan tanda iaitu batu nisan.Ye,batu nisan.Bukan lambat diletak atas sebab kewangan ke atau masalah2 lain,tetapi mahukan tanah di pusara abah turun bahasa org2 kampung.Bahasa orang yg hidup dia mcm uptodate tu tanahnya padat.Tapi aku suka nak letakkan tanah tu turun,sebab apa?Xperlu aku cerita di sini.Biasalah itu,mulut2 comel itu..ish..rotan kang,ke nak cubit2 manja?Memang malas nak melayan cakap2 org ni,buat kita sakit kepala,sakit hati,sakit badan dan sakit segala2nyalah.Dah sakit macam2 timbullah dendam..AstagfirullahAl azim....minta dijauhkan.Dah namanya syaitan,mmg tugas dia oncall on duty menghasut manusia dan menyesatkan manusia.Pa nak buat kan?Tepuk bahu tanya iman kita sendiri.Berbaliklah pada kisah tadi,aku ni kan asal ngadap blog aku je macam2 dalam kepala nak bagitau dah jadik cacarmarba.Focus ta,focus...Masih ingat lagi aku dengan mak pergi ke kedai tempahan nisan, budak kat situ dah tahu dah yang di kampung aku Imamnya tak beri pusara diikat.Maksudnya disimenlah itu.Ok!kami pun sudah tahu,mak pun sediamaklum lagikan abah tu Sidang Kampung.Sudah selesai membuat pemilihan,mak pun cakaplah dengan budak yang jaga kedai tu minta dipasang sebelum hari raya haji.Budak tu pun cakap,diaorang akan cuba dapatkan hari yang sesuai,hari yang tak ada orang lain tempah.Mak cakap,"xperlah nak makcik tak kisah berapa tapi buatlah yang terbaik untuk pusara pakcik".
Petang tu aku ke jabatan,urusan kerja.OTW nak balik,adik tu call bagitahu nisan akan diletakkan pada sehari sebelum raya haji.Alhamdulillah..syukur yang amat,segalanya dipermudahkan allah.
Dan semalam,pusara abah telah lengkap dengan nisan semua. Setiap kali aku pegi ke pusara abah,aku macam bayangkan abah duduk bersila pandang aku dan senyum.Gambar-gambar bawah ni masa pemasangan nisan dibuat.Aku tak masukkan dalam FB,sapa2 yang add FB aku dan tak tahu blog aku mmg tak dapat tengoklah.Yang sebenarnya,blog aku ni pun tak ramai yang tahu.






semoga roh abah dicucuri rahmat allah dan amalan baiknya diterima ALLAH..insyaallah

No comments: