Sunday, October 31, 2010

Memories With "Abah" Part 3

Ehe,,tetiba part 3,ntah bile masuk part ye idak?Tapi tak apa kan?Penulis,pemblog bukannya arif bab menulis,udah tumpul kekdahnya skill2 menulis.Budak sastera ambik technical,lepas tu keje pulak account,servis and admin.Mau berputau 90% dalam kepala.Em..ok dah,merepek2 dah aku..
Masa form 1,abah dalam proses untuk bersara sebagai seorang tentera.Saya pun tak faham pada mulanya kenapa masih muda abah dah pencen.Saya berumur 31 tahun,sbelum sebulan abah meninggal barulah saya tahu apa sebab.Puas jugaklah kene marah pasal tak faham2.Hehehehe..tapi nak kata apa ye abah,along ni mmg kaki bertanya,selagi tak faham.Perangai sapalah saya ikut gamaknya.Ok,teruskan.Form 1 barulah saya tinggal 1 keluarga bersama dalam erti kata semua dalam 1 rumah.Mak,abah dan adik.Sedikit bukan ahli keluarga saya?Waktu ini jugalah keadaan family agak susah sedikit sebab abah dalam proses bersara,proses wang pencen pun belum selesai.Tapi seingat sayalah kan,apa-apa mengenai sekolah kami adik beradik abah tak penah kata tak ada duit,tak ada masa,banyak kerja.Itu yang saya ingat sampai bila2.
Tidak pernah sekalipun abah kata tidak pada saya bila saya minta duit untuk beli buku tambahan,buku rujukan.Ya saya akui,saya minat membaca.Buku teks,kertas surat khabar bungkus nasik lemak pun saya tibai baca.Pada masa ni,rumah yang kami tinggal sekarang belum pun wujud lagi,masih tinggal di rumah pusaka peninggalan arwah nenek dah atok.Tahukah kamu yang saya langsung tidak mempunyai bilik tidur.Pelik bukan?Tapi itulah hakikat realiti sebenarnya.Saya sikit pun tidak merungut apatah lagi membebel dengan kesederhanaan hidup pada masa itu.Saya,abah,mak dan adik tidur di serambi.Serambi tu ada 1 bilik.Saya tidur di dedpan TV,Abah,mak dan adik dalam bilik.Walaupun masa tu saya dah besar,dah form 1,abah akan tidur sebelah saya untuk pastikan saya betul2 lelap barulah dia masuk bilik.Saya ni penakut,bila tidur suka pikir bukan-bukan.MAcam nampak benda kat jenanag pintu lah,kat alang ceiling lah.Macam2.
Rasanya 2tahun jugalah sya tidur depan tv.Meja study??Tak ada pun deknon,saya buat keje sekolah di tangga batu umah dapur.Buku2 letak celah tangga.Saya tak merungut,benar...saya tak tipu.Mak sendiri yang bagitau.Saya berkeadaan begini dekat 2tahun sbelum serambi dipecahkan dan jadi seperti sekarang.Masih ada tapak rumah lama lagi yang sudah dipotong sekerat.Rumah dah begitu,saya masih tiada bilik lagi,saya tidur di depan tv.Meja tetamu jadi meja study.Bila orang datang rumah,saya bawa buku ke dapur.Abah selalu sportcheck buku-buku saya.Masa form 1 saya exam dapat no3,ituler nombornya sampai saya masuk kelas B form 2.Masih saya ingat lagi,report card saya masa form1 cuma 1 je merah,tu pun geografi dgn markah 39.Sengaja saya highlightkan sebab geram sangat2,memcacatkankan report card.Masa Form 2 ,saya terpaksa strungle sebab 1 class dengan budak2 pandai.Masa form 1,semua abah yang sign.Bila masa result teruk,sorok bawah katil.HAHAHA..takut kat abah.Pelik juga,report card saya abah takkan sign kalau exam teruk,tapi adik saya semua abah tenyeh.Kadang-kadang tu timbul juga rasa tak puas hati.Pernah utarakan kat mak,mak cakap sebab abah tau yang saya boleh dapat baik dari tu.Begitu kah??Saya cuma pelajar dalam golongan sederhana.Lepas result PMR saya dapat masuk class Account,tapi tak mahu sebab saya tau saya tak pandai dan tak minat perakaunan.Tapi sapa sangka,itulah yang saya hadap sekarang.
Bila form 5,saya selalu tidur rumah kawan karib saya zanariah,selepas insyak abah hantar ke rumah yah untuk sudy sama2.Pagi-pagi lepas subuh saya balik ke rumah jalan kaki.Agak lama juga saya tidur di rumahnya,alhamdulillah berkat yah ajar saya dalam matematik,result matematik saya agak membanggakan juga.Abah saya muka slumber bila saya beritahu yang saya dapat pangkat 1,tetapi rupanya dia menangis dalam bilik dekat mak.Mak beritahu, abah cakap "aku tak pandai,anak ko pandai sebab ko dah.Along tu aku selalu marah dia,aku selalu paksa dia belajar sbb aku tau dia boleh buat.Dia jangan kecil hati sbb aku tak paksa adik macam aku pakse dia"..dah tu mak sayalah.Bila saya tahu hal ni masa umur 18tahun,sejak itu,pada waktu itu saya azam nak beri abah saya segalanya yang di minta.Saya kuat belajar untuk abah,saya rajin untuk abah.Selepas SPM,saya tidak diberi kerja.Saya ambil class komputer (yang sampai skang saya rase rugi belajar,sbb nothing!,wat perabis duit abah aku je) dan lesen kereta yang saya lulus je,dah hadiahkan abah 1 saman...ya ampunnn.Dan Lesen saya pun dirampas dengan bangganya dari abah 2tahun.
Nex time,saya ceritakan pula kisah masa di uitm
Saya juga agak terkilan,jarang bergambar dengan abah sebab..entahlah...maybe saya rasa abah kurang kasih pada saya tidak seperti adik...Perasaan saya,abah tidak mungkin begitu.
Berdosa rasanya saya berpikiran  begitu.Sehingga kini,saya tidak pernah sekalipun melupakan menghadiahkan abah pahala al-fatihah dan yassin pada abah saya di sana.Di dunia,along tak pernah lupa beri abah suku dari gaji along.Itu di dunia bah,Abah di sana,tetap along beri yang wajib pada abah sehingga along mati..itu janji along pada abah..


No comments: