Wednesday, October 20, 2010

Kenangan Bersama ABah Waktu Kecil

Abah anggota tentera,org kg cakap sojar..Teringat kat arwah nenek, "abah ko keje soja".Bile abah keje,saya dgn mak tinggal bersama nenek dan atok di kg.Mak pun anak bongsu,ofkos mak yang akan tinggal dgn nenek.Sepanjang tempoh itu,abah jarang ada di rumah sbb tuntutan kerja di Sabah.Abah banyak merantau kerja ditempat2 lain,tapi kami anak beranak tak ikut.Alasan Abah sangat kukuh "mak jaga atok dan nenek pada masa yang sama tak mau saya sek melompat2".Saya lahir tahun 1979,adik saya 1986,7 tahun jarak umur.7 tahun juga saya merasa kasih sayang yang banyak dari nenek,atok, abah dan mak.Semanja-manja saya,rotan toksah cakaplah banyak kali hinggap kat badan.Tersenyum sendiri saya tulis sbb teringatkan arwah nenek yang jadik tempat saya lari dari abah.Ye saya akui,saya nakal..tapi senakal2 saya masih lagi mendengar  kata.Tidak pernah sekali pun saya melawan cakap mereka,saya turuti.Masih saya ingat lagi semasa arwah abah d sarawak,dulu telefon manakan ada,ye x?Jadi surat penghubung kami dengan abah.Mak tunggu surat abah,anaknya tunggu duit dalam sampul surat.Bertahun juga rasanya abah di sarawak.
Masa saya umur 2 tahun,mak yang cerita saya sakit teruk.Berselirat wayar di hospital.Saya disahkan lelah.Kesian mak jaga saya di hospital,waktu tu abah dalam kursus naik pangkat.Kisah ini saya xberapa ingat,maklumlah 2tahun. Saya berambut panjang sehingga darjah 1,itupun sbb dah menangis pagi2 pegi sekolah.Abahlah yang sayang rambut saya.Kalau abah balik dari kerja,bercuti.Saya memang melekap pada dia aje.Nakal pun dah hilang,yerlah abah ada sama kita.Waktu ni rasa nak manja dengan abah aje.Abah milik saya,mak pun kebelakang sikit.Arwah abah tak pernah hampakan saya nak makan apa skali pun,mesti dicarinya. Pernah arwah abah cerita masa kecil saya ikut dia isi minyak kereta.Masa tu abah betul2 ada RM10 untuk isi minyak.Saya budak2 kecil time tu,apalah tahu.Saya cakap "abah,nak satey"..Berderau darah abah sbb saya minta makanan masa dia kekurangan duit dlm poket.Akhirnya abah isi minyak kereta RM5,bayar tanpa pandang muka org yg terima duit.Abah..abah..abah..kasihmu terlalu pada anak2.Abah pernah sebut dulu masa kecil2,dia tak selalu dapat makan sedap2 sebab keluarga susah maka dia tak mahu anak-anak rasa susah macam dia.
Masa kecil alam persekolahan rendah saya agak rajin belajar dan agak pandai tapi tidak tergolong pada kanak2 pintar.Fahamkan maksud saya itu ye,nanti kamu fikir saya rasa diri hebat pula. Sesungguhnya tidak.Dalam diri dan otak saya telah diamanahkan,anak sulung mesti tunjuk contoh pada adik.Mesti kelakuan baik,belajar mahu baik.Permulaan sekolah,dalam satu kelas ade 56 pelajar.Masih saya ingat,dari darjah 1 - darjah 3,asik2 no.11.Tak bergerak-gerak pula nombor tu.Mak dengan abah pun tak boleh nak kata apa.Tak kan nak marah cikgu,hunus pedang kat leher "bagi anak saya no.10.Tapi selepas masuk darjah 4,kelas dah dipecahkan.No.1-no.10 kelas M.no.11-no.20 kelas K,no.21- no.30 kelas M..begitulah seterusnya.Darjah 4 saya dapat no.1,itulah skali aje.selepas tu maintan bawah no.5.
Sebabkan abah saya kerja luar daerah,segala hal sekolah mak yang kena ambil tahu.Itu bukan bermaksud abah tidak pedulikan saya.Apakan daya kekangan masa dan tempat.Disebabkan itu,saya selalu diejek di sekolah sbb abah saya tak ada.Selalu ada yang carik pasal,padahal saya tidaklah mengganggu hidup mereka.Kenangan..betul2 kenangan.Sekarang masing2 yang mengejek tu ingat sendiri apa yang diaorang buat.Ada yang cakap abah saya kahwin 2,mak saya janda.Budak2 manalah tau bagaimana kerja abah.Sampaikan saya jadik budak keras hati,garang..i have to be like dat..kalau tidak saya jadik mangsa buli di sekolah.Saya tahu diaorang berani buat sebab abah tak ada di kampung. tetapi lepas 1 peristiwa saya sakit,demam teruk MC sehingga seminggu keluar masuk hospital.Abah saya fly dari Sabah,landing kat Kem Terendak n terus ke Sekolah naik Jib Tentera...sebabkan apa saya pun dah lupa,tapi berkaitan dengan saya demam.Nampak kah kamu bagaimana kasih abah saya walaupun masa itu dia tidak boleh tinggaalkan mess(KEM) sebabkan menjaga battilion seramai 4000 org. Kasih seorang abah kepada anaknya.Ada kisah abah di kem waktu ini,tapi biarkah saya simpan dalam memori saya.Jangan main-main dengan abah kalau urusan family sebab dia akan naik marah,bagi dia family adalah segala-galanya..Anak buah abah di KEM juga cukup faham dengan abah dan abah tidak pernah tak bagi cuti pada anak buah yang ada urusan family.Berbalik kisah tadi.......Pakaian abah masa itu sudah tentu uniform,pada masa tu juga saya darjah 6 dan abah pun dah naik pangkat Pegawai Waran.Disebabkan abah saya berpakaian begitu,budak2 yang membuli jadi takut (menurut kata cikgu Borhan) ingatkan abah nak adukan apa yang diaorg buat.Lawak pula masa ni.Selepas kejadian itu,budak2 lelaki dah tak berani nak usik saya lagi.Masih banyak kisah saya dengan abah,tapi biarlah saya simpan...nanti saya sambung kisah saya dan abah di alam remaja...kat situ banyakkkkk degil skit saya ni..tapi masih dengar kata...

No comments: