Thursday, August 12, 2010

KENANGAN PUASA DULU DAN SEKARANG

Tanpa mak dan abah di rumah,pada hari pertama saya pandang nasi dah meleleh air mata teringatkan mak di hospital meneman abah. Abah 4 sure xboleh puasa (kesian abah,mau 2minggu lebih beliau kena ganti puasa..ehh tetiba lak abah dijadikan "beliau"..peace no war abah..).
Sambung balik,selama ni dalam Rumah Besar (HIKHIKHIK..terpengaruh skit2 sinetro Benci Bilang Cinta)..Ha tulah,tengok lagi citer2 macam ni.Maksud saya rumah besar tu rumah parent lah.Ada faham anda-anda semua?Bila mula Ramadhan maklah yang paling sibuk di dapur, sebabkan saya dah tinggal berasingan dengan parent. Kalau mak masak sedap2,lain dari hari2 kebiasaan mak & abah pasti akan ajak berbuka sama2.Tapi selalu dan kerap2 sangatlah....mmg berbuka umah parent pun...ngehhhhhh...Selama sebulan mak dah abah kat hospital,genap sebulan tak merasa masakan mak. Maka di rumah besar ini.emm..nak gak guna gantinama rumah besar dari keluarga.Macam kebiasaanlah,kalau dah hari2 tengok citer ni,mau taknak sebut-sebut sedutan2 yang menarik bukan?Kamu-kamu semua pasti begitu kan?Saya dengan rasmi telah mengambil alih tugas mak saya di dapur.Alhamdulillah setakat 2hari ini,saya masih lagi menjalankan tanggungjawab sebagai isteri & kakak yang pagi2 bangun  untuk masak sahur. Sudah menjadi kebiasaan masak panas2 untuk juadah bersahur,walaupun ada lauk berbuka yang masih berbaki.Saya tetap masak yg ringkas2 macam telor goreng ke atau sup2.atau ape2 aje asalkan ringkas.Memang mak pun begitu,jadik sudah terbiasa.
Tetapi yang manjadi kepayahan saya nak mengejut putera raja dan puteri bangun sahur.Lepas tu bukannya makan,tak ada selera mereka kata.Mau tidak ada selera kalau bangun2 basuh muka.gosok gigi terus hadap nasik.HAHAHA..LAinlah macam tukang masak ni,bangun dah 4.00pg.Siap2 santapan sahur dalam kul 4.30pg,tentulah perut boleh terima makan semua.Barulah saya faham kenapa masa bujang dulu,saya kurang selera makan bersahur sebab bangun2 aja lepas basuh muka dan gosok gigi terus makan..memanglah tak jalan. Tapi lepas saya masuk UITM langsung saya tidak bersahur dengan sempurna sampailah sekarang.Saya ambil course Town Planning yg memerlukan masing2 semua jadik burung hantu dan kelawar.Siang tido,malam berjaga sampai ke pagi.Jadiknya alang-alang sudah jam 3pg.Sahur teruslah kan?Bile dah kawen tabiat pun same jugak,sekadar bangun siapkan juadah bersahur,saya minum air secawan dah cukup.
Hari Pertama puasa,mak call jam 4.15pg ingatkan kami kat rumah tergolek tido..HEHEHE..Dengan bangga jawab call, "mak..along kat dapur ni goreng ayam".Hari kedua pulak abah call dlm jam 4.50pg gitu,abah tanya dah bangun? saya jawab "semua tengah bersahur bah,along dah makan pun"..pastu abah ckp "ok..ok..ok.." then letak phone..yup,saya faham kalau abah begitu,dia sedih.Sapa tak sedihkan,anak2 bersahur kat umah..abah & mak kat tempat lain.
Tak apa mak& abah,jangan risaukan kami adik beradik dan menantu abah.Masing-masing dah dewasa.Kejap aja abah di hospital,pasti minggu depan abah ada balik 3hari.
Macam biasa entry ni abis macam tu aje


SELAMAT BERPUASA SEMUA..

2 comments:

From My Heart said...

kak, abah akak cmane skrg? Semoga akak sekeluarga tabah menghadapi semua ujian dr Nya

ietah said...

abah dah chemo 4kali ida..1kali suntik tulang belakang.2kali suntik kat lengan.1kali drip.yg drip ni agak kuat..akak cube tabah ida untuk family.seminggu nak raya baru abah boleh balik.puasa dan raya akak pikul tanggugjawab mak akak ida..xtaulah akak kuat ke x ni.