Tuesday, August 17, 2010

CINTA KIRANA...ceh!

Baru aja abis tgk sinetron Benci Bilang Cinta,ni dah tambah satu lg citer best!Tapi hopefully sgt2lah.Mmg sgt2.Jangan ending mcm sinetron Benci Bilang Cinta.Tergantung bagai.Apakah?Malas nak tulis apa yang tak puas hati citer tu,dahlah panjang citernya.
Ok!stop..balik kat sinetron yang baru ni.MAcam best jek citer dia.LAyankan aja zaaaaasssssss...

SINOPSIS CINTA KIRANA
Kirana adalah gadis berusia 18 tahun yang tinggal dengan neneknya, Sita. Suatu hari semasa sedang menghantar suratkhabar kepada pelanggannya,dia telah dilanggar oleh sebuah kereta yang dipandu Galang. Disebabkan malu kerana ditertawakan, Kirana tidak mampu mengawal emosi lalu menampar Galang.

Setelah mengetahui kemalangan yang menimpa neneknya, Kirana berasa sangat marah dan pergi ke rumah Rama lalu memarahinya. Rama mengikut Kirana ke hospital untuk mengurus segala hal. Betapa terkejutnya Rama saat melihat Sita. Ternyata Rama dan Sita dulunya adalah sepasang kekasih yang terpisah kerana keadaan. Rama dan Sita pernah berjanji untuk menyatukan kedua anak ataupun cucu mereka.

Walaupun tahu Galang sudah mempunyai pilihan Hati, Rama tetap memintanya bertemu dengan Kirana. Galang akhirnya bersedia. Kirana yang juga dipaksa oleh neneknya, akhirnya mau menemui Galang. Tapi pertemuan mereka selalu berujung dengan masalah, dan masing-masing terkejut apabila mengetahui yang mereka telah dijodohkan. Kirana yang tidak mahu bersama Galang, meluahkan rasa hati kepada  Baim yang memang mencintai Kirana, dan Baim mengajak Kirana kahwin lari.

Peristiwa demi peristiwa yang dihadapi Kirana dan Galang membuat mereka dekat, dan tanpa disedari, benih benih cinta mulai muncul dihati mereka. Saat hubungan Kirana dan Galang semakin baik, terjadi sebuah sebuah kemalangan yang menyebabkan Galang meninggal. Setelah itu, semua bisnes dan perusahaan keluarga bankrupt tetapi Kirana berjanji untuk menyelamatkan keluarga itu. Kirana mula bekerja tetapi setiap pekerjaan yang dilakukan gagal kerana sikap barannya.

Kirana yang putus asa menemui salah seorang teman Galang untuk memohon pekerjaan lalu diperkenalkan dengan seorang jejaka bernama Evandra. Evandra adalah seorang pemilik sebuah syarikat penerbitan dan juga anti wanita sehinggakan tiada seorang penulis pun di syarikatnya adalah wanita. Semakin mengenali Kirana kebencian Evandra terhadap wanita juga perlahan-lahan menghilang setelah dia mula jatuh hati dengan Kirana yang sangat setia terhadap Galang.

Suatu hari, Kirana bertemu dengan seseorang yang sangat mirip dengan Galang, tapi dia tidak mengenali Kirana dan mengatakan bahwa namanya adalah Mischa, dan dia adalah tunangan seorang Wanita bernama Renata. Mischa sememangnya adalah Galang namun kerana telah terhutang budi kepada Renata yang menolong menyelamatkannya, dia rela menjadi Mischa. Namun, jauh di sudut hati, Galang masih mencintai Kirana dan sedih kerana tidak mampu mengembalikan cintanya untuk Kirana.

Akan adakah cinta Galang untuk Kirana kembali? Bersatukah kembali mereka kelak? Sama-sama kita nantikan  :D

No comments: