Thursday, April 28, 2016

My Bad Day

Peh..peh..peh..peh..Setahun kau tak update ita? Apelah,apelah. Ni semua pasal insta, wechat segala mala yang ada buat aku lupa lama dengan blog ni. Nak cerita banyak-banyak pun  takda apa pun nak dituliskan. Konon guna hp android, konon hendak update secara live gitu tapi yang hado kau yang hado!
erm..erm..kan dah kering idea nak cerita. kering segalanya, perlu asah balik ni.
Nanti tulis lagi lah
bye

Saturday, December 19, 2015

Mereput

Kadangkala kita tengok si dia macam kuat dan tabah, tapi kita tak tahu yang dia sebenarnya dah koyak rabak. Tulang-tulangnya dah habis lunyai, tiada kudrat yang berbaki. Tetapi mengapa dia masih berdiri? Kerna keyakinannya pada Allah, menjadi ruh yang mengangkat tubuhnya, jauh lebih tinggi daripada kita semua. Jadi, usah mendabik dada. Baru kaki kejang sikit, dah melalak tak henti-henti. Tapi kalau orang yang kakinya kena baham dengan harimau, dia tetap kena bergerak ke hospital sebelum dia mati kehabisan darah. Nampak tak apa permainannya? Yang disangka ‘tempang’, kadangkala adalah yang paling tabah sebenar-benarnya.

posted from Bloggeroid

Sunday, September 20, 2015

Entry ujung tahun

Aku ada sebab kenapa aku benci,

Bertahun-tahun aku ingat aku buta-buta je benci. Mula-mula aku tak tahu rasa aneh benci yang ada dalam diri aku tu sebab apa. Aku tak pasti. Tapi aku sumpah benci. Orang cakaplah apa pun, aku tak pernah faham. Yang aku tahu, aku memang tak boleh off rasa benci yang ada. Makin membesar, rasa benci tak berkurang. Bertambah lagi sebab yang aku kumpul jadikan alasan untuk makin membenci.


Suatu hari tu, aku pikir aku nak berubah. Buang segala yang keruh berkeladak, ambil yang jernih-jernih. Aku nak jadi orang yang takde benci dalam hidup. Aku cuba, slow-slow..


Tapi, Tuhan tunjukkan bukti kenapa wujud perasaan benci tu. Yang memang serius aku punya sebab kenapa aku benci. Sekarang, bukti dah ada..dengan mata kepala sendiri. Aku tak benci buta-buta rupanya.

“Patutlah, rasa benci ni ada. Patutlah.” Aku ulang berkali-kali..

posted from Bloggeroid